01 August 2011

August '11 = Ramadhan Kareem

Salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat..

July pergi. Ogos datang. Alhamdulillah kita semua masih lagi bernafas sampai hari ni and dapat sama-sama mengerjakan rukun Islam ke-3. Jap. Tau tak ape yang ketiga tuh? Haa,puasa di bulan ramadhan lahh. Hari pertama kan hari ni. Now dah pon masuk pukul 4 lebih. Which is lagi 3 jam gitu nak buka. (yes!) Excited betul aku puasa hari pertama nih.

Cuma yelah, tak nak tipu, memang aku agak penat sikit. Sekarang musim panas, tekak senang kering. Aku cakap banyak lak tuh. Suffer ah sikit. Walaupun cabaran agak tinggi tapi tu bukan alasan kau senang-senang nak berbuka okay. Tahan sikit. Ni panas sikit je. Kau fikir sikit orang yang dok kat padang pasir tuh. Lagi teruk panasnya.

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan,
maka akan diampunkan dosanya yang lalu"
- Bukhari Muslim

Last weekend aku attend satu program ni. So berjumpa lah dengan member aku ni. Belajar sama-sama kat UIA tapi aku jumpe dengan dia time-time cuti je. Bz lah konon kat sana tu.. Hahaha. Anyway,dah dapat jumpa tu dia share dengan aku 1 booklet ni berkaitan ramadhan. The best thing is penyampaian dalam bentuk doodle. Tersangat lah cumil. Kawan aku ni plak macam ade telepathy. Sebab 2 hari sebelum tu memang aku ade bukak website doodle islamic nih.


Sory lah aku amik gambar ni dari google. Tak kesampaian nak snap my own booklet tu sebab once my dad tengok dia terus pinjam nak share dengan kawan-kawan dia. What can I say about this booklet : Kecil, ringkas, padat, kreatif, menarik. Memang worth lah aku beli. Oh ya, check out some more on OSM. Islamic dakwah in osm (awesome) way.

okay, penat sikit kan menggerakkan minda petang-petang puasa ni? Tarik nafas...lepas. Tarik..lepas. Tarik.. lepas. Lepas, lepas gak. Aku suruh lepas nafas. Kau pegi lepas kentut bersepah nape. Oxygen sekarang sangat berharga tau tak. HUH.

Oho..semalam tarawikh pertama untuk tahun ni. Padat gila masjid. Nak pulak budak-budak poli ipoh ni tak cuti and ditambah dengan budak-budak ipt lain yang tengah cuti. So, lambakkan orang lah kan. and itu bagi aku tersangat lah bagus. Yelah, biasa bulan-bulan lain tak berapa nak ramai yang datang masjid tu, bulan ramadhan ni lah kita cover balik, penuh kan masjid jemaah sama-sama.

But nasihat aku kepada ibu yang ade anak kecik tu, and kau tak dapat control anak kau wat kacau kat masjid tu, baik makcik semayang kat rumah lah. Solat terawih tu hukum nya sunat. Mengganggu orang sedang solat haram, mendatangkan dosa. and anak kau yang kecik tu ibu ayah yang tanggung dosanya, paham-paham lah yea.

Kita jangan kutip dosa dan kita jangan buat orang lain dapat dosa diatas salah kita sendiri. Ye tak? Semua hati jenis baran, laju je nak maki orang. Tak baik lah gitu.

Ok lah. Dah nak start masak untuk berbuka. Awal-awal ni masak lah dulu. Nanti dah abis idea nak masak ape baru g terjah bazaar.

Last, aku nak mohon maaf diatas kesilapan percakapan perbuatan yang aku buat dalam keadaan aku sedar ataupun tak. Bulan baik, bulan mulia ni, sama-sama lah kita perbanyakkan amalan. Hapuskan dosa-dosa lalu. Tingkatkan peratus pahala kita. Banyakkan berzikir. and berdoa semoga Allah permudahkan urusan puasa kita. Anggaplah ini puasa terakhir kita.

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA.


till here..
chiow~~


p/s: dahaga yang bersangatan. kena kurang bercakap.

1 comment:

Afifah Khamis said...

selamat berpuasa nani =)