22 August 2011

Kenapa suka puasa di rumah?

Salam semua..

Hari ni dah masuk 22Ramadhan lah kan? Lagi berapa hari je nak raya. Lagi berapa hari je nak tinggal kan bulan ramadhan. Adakah ni Ramadhan terakhir? Wallahuallam.

Semalam dapat berita kematian seorang kawan ayah. Al-fatihah. Sama-sama kerja kat pknp. and wife dia lak kerja satu sekolah dengan umi. Dia meninggal dalam tidur. Kejut sahur, tak bangun. Its a big shock for the whole family sebab sebelum ni tak nampak pon sakit. Aku pon terkejut gak la sebab last weekend baru jumpe dia kat bazaar lepas sekian lama tak jumpe. Pak cik ni kenal aku since aku kecik lagi. Dia suka wat lawak and mesra. Kecik-kecik dulu seronok lah dengan dia. Dah besar aku segan lah. One more thing, anak sedara mak cik, kawan baik aku masa form 1 plak. Tu dia, pusing-pusing situ gak. Pengajaran yang aku dapat semalam, mati bukan datang bila kita sakit je. Tengah sihat-sihat camni pon buleh. So, sentiasalah prepare diri untuk Hereafter.. Kita tak tau bila plak turn kita kan..


Back to topic. Kenapa suka puasa kat rumah? Of course lah sebab time makan terjaga. Sahur orang masak kan. Buka pon orang pikir kan menu. Kalo kat hostel, menu time sahur tentu-tentu lah biskut/roti cicah milo. Tak pon kaya sikit makan megi. Kat rumah ni, dapat lah makan nasi goreng ke, roti canai segera ke, nugget ke.. (cerita makan time pose, aku dah lapa) Kalo buka pose lak, kat ostel, lauk tak leh kaya-kaya, nak kena bajet duit. Kat rumah, teringin nak ape, cakap je. Beres. Yang sedapnya, air tangan umi lak. Memang sodap ahh.

Lagi, puasa kat rumah semayang maghrib terjaga. Hahahaha. Point tak leh blah. Jangan salah paham okay. Bukan aku tak semayang kat ostel. Tapi tau lah dah buka pose ngan kawan-kawan, cerita tak penah abis, dah delay. Astaghfirullah. Kat rumah ni, abis buka kena cepat-cepat semayang jemaah dengan umi ayah. I loike.

masjid yang aku selalu pegi. tq mr.google

Bukan takat semayang maghrib je. Terawih lagi-lagi lah. Kat rumah ni ayah bawak gi semayang kat masjid. Selesa. Ade air cond segala. Tenang je nak semayang. Kalo kat hostel, hemm bukan nak merungut lah, tapi semayang kat multipurpose hall(MPH) sangat panas okay. Abis semayang je, dah lenjun peluh. End up aku semayang kat bilik sorang-sorang. Tu pon kadang-kadang. Ahh tak disiplin langsung. Nak semayang kat masjid pulak...yea aku tau orang kata masjid Ui*a imam baca macam kat mekah. Sedap je dengar. tapi nak semayang kat masjid amik masa lama. Silap-silap kul 11 baru abis 8 rakaat. Panjang imam baca. See. banyak alasan nak mengelat kalo kat ostel. Hehe :P

Satu lagi bab tadarus. Kat rumah disiplin oh tadarus ngan umi ayah 1 juz sehari. Kalo kat ostel, ntah bila nak khatam tah. Haish.

Aku buat ibadat bukan sebab umi ayah. Tapi aku suka buat ibadat dengan umi ayah. Seronok sangat. Aku dibesarkan dengan cara macam tu. Since dah semakin berumur ni (macam tua sangat lah kan), selalu pikir, mampu ke aku ngan bakal suami aku tu wujudkan surrounding kat rumah macam sekarang ni. Kita sama-sama cuba yea dear future husband.. :)

okay lah tu je kot alasan kuat nape aku suka berpuasa kat rumah.
till here,

chiow~~

p/s: seronok dapat layan tv puas-puas..


12 August 2011

Meeting old friends

Salam Ramadhan semua.

Semalam aku sempat berbuka puasa dengan kawan-kawan lama. and the good things is kitorang buka puasa kat asrama dengan adik-adik (yang aku tak kenal pon sorang) walaupun aku sangat awkward (sesama kawan gak). Ohh, bagi yang tak tau, aku dulu dok asrama dari form 1 till form 3. Girls school. Kat sana aku dah collect all sweet and bitter moment before aku dok rumah mase form 4 & 5. and yeah, sampai sekarang aku bersyukur dengan perjalanan pembelajaran aku sebab dari primary aku sekolah mix boys girls and islamic. Then masuk asrama, stay islamic school and all girls. Then transfer sekolah yang mix semua bangsa plus boys and girls. So, aku tak pernah (and tak nak) culture shock. Alhamdulillah.

Anyway..

So, semalam balik ke lubuk lama, tempat aku start nakal-nakal ni. Meeting some old friends. Semua 16orang je yang dapat datang. but bagus jugak. sebabnya ustazah (warden) bagi kitorang buka kat dewan makan. kalo ramai-ramai sah tak buleh camtu and tak muat gak kan..

The event was started at evening camtu sebenarnya. Diorang jumpa cikgu-cikgi. Tapi aku tak join. Sebab aku tau cikgu tak kenal aku. So, aku datang time nak berbuka. Sebab niat 1st aku memang nak jumpa kawan-kawan je. Lepas berbuka kitorang solat jemaah kat surau, and aku balik. The rest diorang tido kat sekolah.

Waktu between isya and terawih, kitorang ade short session dengan all kids (yeah, aku dah tua kot). Perkenalkan diri. Tapi aku ngan few friends escaped. Dah tentu-tentu lah. Hahaha. Okay, mana tak nya, kawan-kawan aku yang awal-awal show up introduce themselves sume dari mesir, indonesia . Amik medic, dentist,lughah. and kalo ade pon dari malaysia, dari usm, amik dietatik. Ohh, self confidence aku jatuh bawah kot.

Bila kakak-kakak introduce diri, adik-adik tu semua teruja lah. of course. Pesanan one of my friends, "adik-adik kalo nak jadi macam kakak, belajar rajin-rajin. InsyaAllah ade peluang belajar jauh sana. blablablabla....." and aku tambah sendiri, " kalo kau malas, main-main, buat hal, kau jadi macam akak". Hahahaha.

Tak kisah lah. Yang aku percaya and yakin, dalam diri aku ade kelebihan yang mungkin diorang takde. Masing-masing kita ade habuan sendiri kan?

next gath, harap-harapnya lagi ramai yang free and takde yang segan-segan. Rindu kawan-kawan buat jahat dulu.

till here
chiow~~

p/s: no picture taken by me.


01 August 2011

August '11 = Ramadhan Kareem

Salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat..

July pergi. Ogos datang. Alhamdulillah kita semua masih lagi bernafas sampai hari ni and dapat sama-sama mengerjakan rukun Islam ke-3. Jap. Tau tak ape yang ketiga tuh? Haa,puasa di bulan ramadhan lahh. Hari pertama kan hari ni. Now dah pon masuk pukul 4 lebih. Which is lagi 3 jam gitu nak buka. (yes!) Excited betul aku puasa hari pertama nih.

Cuma yelah, tak nak tipu, memang aku agak penat sikit. Sekarang musim panas, tekak senang kering. Aku cakap banyak lak tuh. Suffer ah sikit. Walaupun cabaran agak tinggi tapi tu bukan alasan kau senang-senang nak berbuka okay. Tahan sikit. Ni panas sikit je. Kau fikir sikit orang yang dok kat padang pasir tuh. Lagi teruk panasnya.

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan,
maka akan diampunkan dosanya yang lalu"
- Bukhari Muslim

Last weekend aku attend satu program ni. So berjumpa lah dengan member aku ni. Belajar sama-sama kat UIA tapi aku jumpe dengan dia time-time cuti je. Bz lah konon kat sana tu.. Hahaha. Anyway,dah dapat jumpa tu dia share dengan aku 1 booklet ni berkaitan ramadhan. The best thing is penyampaian dalam bentuk doodle. Tersangat lah cumil. Kawan aku ni plak macam ade telepathy. Sebab 2 hari sebelum tu memang aku ade bukak website doodle islamic nih.


Sory lah aku amik gambar ni dari google. Tak kesampaian nak snap my own booklet tu sebab once my dad tengok dia terus pinjam nak share dengan kawan-kawan dia. What can I say about this booklet : Kecil, ringkas, padat, kreatif, menarik. Memang worth lah aku beli. Oh ya, check out some more on OSM. Islamic dakwah in osm (awesome) way.

okay, penat sikit kan menggerakkan minda petang-petang puasa ni? Tarik nafas...lepas. Tarik..lepas. Tarik.. lepas. Lepas, lepas gak. Aku suruh lepas nafas. Kau pegi lepas kentut bersepah nape. Oxygen sekarang sangat berharga tau tak. HUH.

Oho..semalam tarawikh pertama untuk tahun ni. Padat gila masjid. Nak pulak budak-budak poli ipoh ni tak cuti and ditambah dengan budak-budak ipt lain yang tengah cuti. So, lambakkan orang lah kan. and itu bagi aku tersangat lah bagus. Yelah, biasa bulan-bulan lain tak berapa nak ramai yang datang masjid tu, bulan ramadhan ni lah kita cover balik, penuh kan masjid jemaah sama-sama.

But nasihat aku kepada ibu yang ade anak kecik tu, and kau tak dapat control anak kau wat kacau kat masjid tu, baik makcik semayang kat rumah lah. Solat terawih tu hukum nya sunat. Mengganggu orang sedang solat haram, mendatangkan dosa. and anak kau yang kecik tu ibu ayah yang tanggung dosanya, paham-paham lah yea.

Kita jangan kutip dosa dan kita jangan buat orang lain dapat dosa diatas salah kita sendiri. Ye tak? Semua hati jenis baran, laju je nak maki orang. Tak baik lah gitu.

Ok lah. Dah nak start masak untuk berbuka. Awal-awal ni masak lah dulu. Nanti dah abis idea nak masak ape baru g terjah bazaar.

Last, aku nak mohon maaf diatas kesilapan percakapan perbuatan yang aku buat dalam keadaan aku sedar ataupun tak. Bulan baik, bulan mulia ni, sama-sama lah kita perbanyakkan amalan. Hapuskan dosa-dosa lalu. Tingkatkan peratus pahala kita. Banyakkan berzikir. and berdoa semoga Allah permudahkan urusan puasa kita. Anggaplah ini puasa terakhir kita.

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA.


till here..
chiow~~


p/s: dahaga yang bersangatan. kena kurang bercakap.