14 July 2011

Pengisian Rohani..

Salam everyone..

Hari ni aku nak share sikit something yang aku dapat dari usrah semalam. Well, benda ni kita dah biasa dengar. In fact, tanpa kita sedar, tengah marah pon kita boleh bercakap perkataan ni. BerSYUKUR. Setuju tak aku cakap tengah marah pon kita cakap benda tu gak? Yelah kan kadang-kadang kalo kawan merungut tak dapat ape yang kita dapat, end up kita akan cakap gak, bersyukur lah wei. Kan?

Allah Maha mengetahui makhlukNya. Kita sentiasa diigatkan supaya bersyukur dengan segala kurnia and rezeki yang diberikan. Tetapi masih kita lupa untuk bersyukur. Tak nak menuding jari kepada orang lain. Aku sendiri pon macam itu. Yelah, dah berjaya dalam sesuatu kita lupa nak memanjatkan kesyukuran. Jadi if kita mengalami keadaan sedemikian, cepat-cepatlah beristighfar dan berterima kasihlah kepada Allah.


This is because kita tak kan pernah tahu bila Allah nak bagi ujian pada kita. Ingat, selalu berjaya bukan bermakna selama-lamanya berjaya. Allah suka menguji hambanya dikala mereka bergembira. Sebabnya, macam yang aku cakap tadi, bila kita gembira, kita mudah lupa.

Lagi satu, semalam dibincangkan jugak, kita mudah berbangga diri bila kita berjaya dalam sesuatu. Contohnya, seseorang itu mendapat 4flat dalam exam. Dan semua orang memuji kebijaksanaannya. Maka dia dengan angkuh, mengiakan. Hah. Orang ini sangat memalukan. Lupakah dia kepandaiannya itu kurniaan penciptanya? Dia sepatutnya berterima kasih kepada Allah. MasyaAllah. Jika kita pernah mengalaminya, beristighfarlah.

Itu saja, insyaAllah. Sama-sama kita bersyukur diatas nikmat kehidupan yang Allah berikan. Hari ini kita masih mampu bangun subuh dan bernafas.

p/s: Allah sentiasa gandakan nikmat hambaNya yang bersyukur.

chiow~~

No comments: