26 July 2011

chocolates

Salam..

Firstly, a deepest apology to cik syiba kita sebab aku tak sempat nk update blog story mory chocs. Biyaneyo chingu yaa~~

[untuk kau, syiba]

Kisahnya, aku dah lama nak buat chocolates ni. Gara-gara cik syi*ba bawak balik hostel chocs yang di buat kat umah hari tuh. Jeles ahh kan dia dah ade 1 point jadi menantu. Hahaha. Nekad balik umah nak buat. Tapi lepas 2minggu baru aku sempat nak buat kat umah ni. Itu pon cepoi-cepoi je time nya.

Punya tak reti nak buat sendiri, aku pon ber-webcam dengan syiba mintak dia guide. Hangkutlah laptop sume pegi dapur. Pastu jerit-jerit masa webcam. Aku kan kurang daya pendengaran sikit. Agak-agak jiran aku dengar tak? Hahaha.. ade aku kisah?

Jom layan..In the making of chocolates..





[sorry for bad quality picture]

Oh ya, semua tu pon abis dalam masa seminggu. Gonna make another batch of chocs. Stay healthy and smile :)

till here..
chiow~~

14 July 2011

Pengisian Rohani..

Salam everyone..

Hari ni aku nak share sikit something yang aku dapat dari usrah semalam. Well, benda ni kita dah biasa dengar. In fact, tanpa kita sedar, tengah marah pon kita boleh bercakap perkataan ni. BerSYUKUR. Setuju tak aku cakap tengah marah pon kita cakap benda tu gak? Yelah kan kadang-kadang kalo kawan merungut tak dapat ape yang kita dapat, end up kita akan cakap gak, bersyukur lah wei. Kan?

Allah Maha mengetahui makhlukNya. Kita sentiasa diigatkan supaya bersyukur dengan segala kurnia and rezeki yang diberikan. Tetapi masih kita lupa untuk bersyukur. Tak nak menuding jari kepada orang lain. Aku sendiri pon macam itu. Yelah, dah berjaya dalam sesuatu kita lupa nak memanjatkan kesyukuran. Jadi if kita mengalami keadaan sedemikian, cepat-cepatlah beristighfar dan berterima kasihlah kepada Allah.


This is because kita tak kan pernah tahu bila Allah nak bagi ujian pada kita. Ingat, selalu berjaya bukan bermakna selama-lamanya berjaya. Allah suka menguji hambanya dikala mereka bergembira. Sebabnya, macam yang aku cakap tadi, bila kita gembira, kita mudah lupa.

Lagi satu, semalam dibincangkan jugak, kita mudah berbangga diri bila kita berjaya dalam sesuatu. Contohnya, seseorang itu mendapat 4flat dalam exam. Dan semua orang memuji kebijaksanaannya. Maka dia dengan angkuh, mengiakan. Hah. Orang ini sangat memalukan. Lupakah dia kepandaiannya itu kurniaan penciptanya? Dia sepatutnya berterima kasih kepada Allah. MasyaAllah. Jika kita pernah mengalaminya, beristighfarlah.

Itu saja, insyaAllah. Sama-sama kita bersyukur diatas nikmat kehidupan yang Allah berikan. Hari ini kita masih mampu bangun subuh dan bernafas.

p/s: Allah sentiasa gandakan nikmat hambaNya yang bersyukur.

chiow~~

05 July 2011

Tidy Room

Salam people..

Today is my second day at home. But I feel like I'm already at home for 2 weeks. Sebabnya, biasa aku kalau balik cuti ni, 2-3 hari mesti dok rilek je. Makan, tido, online. Tapi, since semalam aku dah start membzkan diri dengan kemas bilik, keluar teman cousin gi format laptop, jumpa orang sana sini. Waahh. Bangga dengan diri aku.

Kisahnya yang aku rajin kemas bilik ni sebab aku rasa macam semak gila bilik aku since setahun lepas aku last kemas. Wait. wait. SETAHUN? Gila ahh. Nak buat camne kan, selama ni aku tutup mata je. Buat chill je tengok kertas-kertas, buku-buku, majalah-majalah berlonggok.

Dah, jom kita tengok koleksi aku.

Koleksi majalah remaja aku from 2006-2011. Kononnya tak nak jadi remaja kolot. Up-to-date lah sikit ngan isu-isu remaja.

See the pattern? Hahaha. Sekarang dah jarang beli. Kalau teringat je aku beli. Kira karang*kraf dah kurang 1 pelanggan. Dulu tiap kali beli ayah aku mesti tanya, Majalah Wanita,Dara tak nak beli? :P

Yang ni aku baca zaman sekolah menengah..exactly form 3 lahh. Tak matang siot. Layan bluess.

Yang ni plak bacaan sepanjang zaman.. Novel,dari form 1 sampai la ni. Komik, aku start lambat sikit. Form 3 kot until now.

Nampak sikit budak IT ye tak?

and,

SELESAI mengemas buku-buku kesayangan aku. Yang bestnya, masa aku dok kemas-kemas ni, aku terjumpa balik diari zaman form 1 and surat kakak angkat masa kat asrama dulu. Last year mengemas aku tak sempat belek-belek. Ni aku baca-baca balik, gelak berguling-guling. Nak-nak baca diari tu. Hangsuih betul sakit hati ngan kawan-kawan zaman dulu. Again, tak matang.

Masalah utama yang sebabkan bilik aku selerak ialah too many papers that I want to keep. Kalau buleh aku nak simpan semua nota-nota, kertas soalan..Memang sah lah tak muat bilik hoooi!



Till here..
chiow~