17 December 2011

un-titled

Come faster 2012...
It has been a while. and I'm tired waiting. Really. Err to be more specific, I want this semester to end as early as possible. I need long holiday. I dunno what happen to me this semester but I always homesick. I miss my mom and dad everyday, which is good actually, but it's hurt...


till here..
chiow~


*need to finish up my project and be ready for finaaal...



01 October 2011

Time passes..

Salam.

Hello October! Two months and one day more to meet 2 Disember. and u know kan that date means a lot for me. wee :D

I'm aiming for something BIG to come to me. take note that! Hahaha..

Anyway.

After 3 weeks kat U*IA ni baru aku dapat chance to write here. Bukan ape, not in mood lah bila tengok meja berselerak. Since balik sini hari tu, every weekend takde kat bilik. Hari ni baru dapat sapu, kemas bilik, setup printer, update my board ni. Puas hati sangat walaupun dalam keadaan sakit hati orang menggunakan barang kita tanpa minta izin. Ahh, abaikan. Kau cool kan nanie.? Yea, aku saaangat COOL :)

Let's start dengan 1st weekend kat sini. Aku and kawan-kawan pergi Kuan*tan, umah syi*ba specifically. Kakak dia kawin. So, nak g attend sekali tolong-menolong lah kan. Surprisingly, rupa-rupanya tu lah wedding pertama yang aku attend dari pre-wedding till post-wedding without miss any single event. Sepupu-sepupu aku kawin pon aku tak tengok abis camtu. and i got the chance to know her relative well. Senang paham kalo dia cerita pape kan? (gambar dah 2 minggu, basi tak?)

[after akad nikah]

[intan & firdaus]

The next weekend pulak aku kat umah. Dari KL hari jumaat, ayah and umi datang uruskan passport maid my nenek yang hilang masa orang masuk umah dulu sekaligus amik aku kat sini. Nothing much happen at home. Sebab sabtu tu ayah ke KL semula and umi sibuk event di sekolah. We just have a couple hour before I went back to U*IA to buy my baby, erk new phone actually. Yelah, kedai bukak 10 lebih kan.

and again, this week aku balik umah hari kamis malam. but, the next day bertolak semula ke KL exactly LC*CT untuk hantar maid balik indon. She's being here for 2 years already. dah cukup duit balik lahh. Lepas hantar dia, tido kat KL then after breakfast my parents hantar balik U*IA sebab diorang ade hal Klang. Malas nak ikut. Nak rehat kat bilik.

till here i guess. nak tido.

p/s: please take note this. If you ever use thing that's not belong to you and you don't let the owner know, atleast don't make it so obvious. Clear up what you have done,people! It's annoying when you know that somebody is actually use your thing, and he/she don't even say a word about it. huh.

chiow~

08 September 2011

Salam all..

I'll be back soon. Busy counting remaining days at home.

22 August 2011

Kenapa suka puasa di rumah?

Salam semua..

Hari ni dah masuk 22Ramadhan lah kan? Lagi berapa hari je nak raya. Lagi berapa hari je nak tinggal kan bulan ramadhan. Adakah ni Ramadhan terakhir? Wallahuallam.

Semalam dapat berita kematian seorang kawan ayah. Al-fatihah. Sama-sama kerja kat pknp. and wife dia lak kerja satu sekolah dengan umi. Dia meninggal dalam tidur. Kejut sahur, tak bangun. Its a big shock for the whole family sebab sebelum ni tak nampak pon sakit. Aku pon terkejut gak la sebab last weekend baru jumpe dia kat bazaar lepas sekian lama tak jumpe. Pak cik ni kenal aku since aku kecik lagi. Dia suka wat lawak and mesra. Kecik-kecik dulu seronok lah dengan dia. Dah besar aku segan lah. One more thing, anak sedara mak cik, kawan baik aku masa form 1 plak. Tu dia, pusing-pusing situ gak. Pengajaran yang aku dapat semalam, mati bukan datang bila kita sakit je. Tengah sihat-sihat camni pon buleh. So, sentiasalah prepare diri untuk Hereafter.. Kita tak tau bila plak turn kita kan..


Back to topic. Kenapa suka puasa kat rumah? Of course lah sebab time makan terjaga. Sahur orang masak kan. Buka pon orang pikir kan menu. Kalo kat hostel, menu time sahur tentu-tentu lah biskut/roti cicah milo. Tak pon kaya sikit makan megi. Kat rumah ni, dapat lah makan nasi goreng ke, roti canai segera ke, nugget ke.. (cerita makan time pose, aku dah lapa) Kalo buka pose lak, kat ostel, lauk tak leh kaya-kaya, nak kena bajet duit. Kat rumah, teringin nak ape, cakap je. Beres. Yang sedapnya, air tangan umi lak. Memang sodap ahh.

Lagi, puasa kat rumah semayang maghrib terjaga. Hahahaha. Point tak leh blah. Jangan salah paham okay. Bukan aku tak semayang kat ostel. Tapi tau lah dah buka pose ngan kawan-kawan, cerita tak penah abis, dah delay. Astaghfirullah. Kat rumah ni, abis buka kena cepat-cepat semayang jemaah dengan umi ayah. I loike.

masjid yang aku selalu pegi. tq mr.google

Bukan takat semayang maghrib je. Terawih lagi-lagi lah. Kat rumah ni ayah bawak gi semayang kat masjid. Selesa. Ade air cond segala. Tenang je nak semayang. Kalo kat hostel, hemm bukan nak merungut lah, tapi semayang kat multipurpose hall(MPH) sangat panas okay. Abis semayang je, dah lenjun peluh. End up aku semayang kat bilik sorang-sorang. Tu pon kadang-kadang. Ahh tak disiplin langsung. Nak semayang kat masjid pulak...yea aku tau orang kata masjid Ui*a imam baca macam kat mekah. Sedap je dengar. tapi nak semayang kat masjid amik masa lama. Silap-silap kul 11 baru abis 8 rakaat. Panjang imam baca. See. banyak alasan nak mengelat kalo kat ostel. Hehe :P

Satu lagi bab tadarus. Kat rumah disiplin oh tadarus ngan umi ayah 1 juz sehari. Kalo kat ostel, ntah bila nak khatam tah. Haish.

Aku buat ibadat bukan sebab umi ayah. Tapi aku suka buat ibadat dengan umi ayah. Seronok sangat. Aku dibesarkan dengan cara macam tu. Since dah semakin berumur ni (macam tua sangat lah kan), selalu pikir, mampu ke aku ngan bakal suami aku tu wujudkan surrounding kat rumah macam sekarang ni. Kita sama-sama cuba yea dear future husband.. :)

okay lah tu je kot alasan kuat nape aku suka berpuasa kat rumah.
till here,

chiow~~

p/s: seronok dapat layan tv puas-puas..


12 August 2011

Meeting old friends

Salam Ramadhan semua.

Semalam aku sempat berbuka puasa dengan kawan-kawan lama. and the good things is kitorang buka puasa kat asrama dengan adik-adik (yang aku tak kenal pon sorang) walaupun aku sangat awkward (sesama kawan gak). Ohh, bagi yang tak tau, aku dulu dok asrama dari form 1 till form 3. Girls school. Kat sana aku dah collect all sweet and bitter moment before aku dok rumah mase form 4 & 5. and yeah, sampai sekarang aku bersyukur dengan perjalanan pembelajaran aku sebab dari primary aku sekolah mix boys girls and islamic. Then masuk asrama, stay islamic school and all girls. Then transfer sekolah yang mix semua bangsa plus boys and girls. So, aku tak pernah (and tak nak) culture shock. Alhamdulillah.

Anyway..

So, semalam balik ke lubuk lama, tempat aku start nakal-nakal ni. Meeting some old friends. Semua 16orang je yang dapat datang. but bagus jugak. sebabnya ustazah (warden) bagi kitorang buka kat dewan makan. kalo ramai-ramai sah tak buleh camtu and tak muat gak kan..

The event was started at evening camtu sebenarnya. Diorang jumpa cikgu-cikgi. Tapi aku tak join. Sebab aku tau cikgu tak kenal aku. So, aku datang time nak berbuka. Sebab niat 1st aku memang nak jumpa kawan-kawan je. Lepas berbuka kitorang solat jemaah kat surau, and aku balik. The rest diorang tido kat sekolah.

Waktu between isya and terawih, kitorang ade short session dengan all kids (yeah, aku dah tua kot). Perkenalkan diri. Tapi aku ngan few friends escaped. Dah tentu-tentu lah. Hahaha. Okay, mana tak nya, kawan-kawan aku yang awal-awal show up introduce themselves sume dari mesir, indonesia . Amik medic, dentist,lughah. and kalo ade pon dari malaysia, dari usm, amik dietatik. Ohh, self confidence aku jatuh bawah kot.

Bila kakak-kakak introduce diri, adik-adik tu semua teruja lah. of course. Pesanan one of my friends, "adik-adik kalo nak jadi macam kakak, belajar rajin-rajin. InsyaAllah ade peluang belajar jauh sana. blablablabla....." and aku tambah sendiri, " kalo kau malas, main-main, buat hal, kau jadi macam akak". Hahahaha.

Tak kisah lah. Yang aku percaya and yakin, dalam diri aku ade kelebihan yang mungkin diorang takde. Masing-masing kita ade habuan sendiri kan?

next gath, harap-harapnya lagi ramai yang free and takde yang segan-segan. Rindu kawan-kawan buat jahat dulu.

till here
chiow~~

p/s: no picture taken by me.


01 August 2011

August '11 = Ramadhan Kareem

Salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat..

July pergi. Ogos datang. Alhamdulillah kita semua masih lagi bernafas sampai hari ni and dapat sama-sama mengerjakan rukun Islam ke-3. Jap. Tau tak ape yang ketiga tuh? Haa,puasa di bulan ramadhan lahh. Hari pertama kan hari ni. Now dah pon masuk pukul 4 lebih. Which is lagi 3 jam gitu nak buka. (yes!) Excited betul aku puasa hari pertama nih.

Cuma yelah, tak nak tipu, memang aku agak penat sikit. Sekarang musim panas, tekak senang kering. Aku cakap banyak lak tuh. Suffer ah sikit. Walaupun cabaran agak tinggi tapi tu bukan alasan kau senang-senang nak berbuka okay. Tahan sikit. Ni panas sikit je. Kau fikir sikit orang yang dok kat padang pasir tuh. Lagi teruk panasnya.

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan & keikhlasan,
maka akan diampunkan dosanya yang lalu"
- Bukhari Muslim

Last weekend aku attend satu program ni. So berjumpa lah dengan member aku ni. Belajar sama-sama kat UIA tapi aku jumpe dengan dia time-time cuti je. Bz lah konon kat sana tu.. Hahaha. Anyway,dah dapat jumpa tu dia share dengan aku 1 booklet ni berkaitan ramadhan. The best thing is penyampaian dalam bentuk doodle. Tersangat lah cumil. Kawan aku ni plak macam ade telepathy. Sebab 2 hari sebelum tu memang aku ade bukak website doodle islamic nih.


Sory lah aku amik gambar ni dari google. Tak kesampaian nak snap my own booklet tu sebab once my dad tengok dia terus pinjam nak share dengan kawan-kawan dia. What can I say about this booklet : Kecil, ringkas, padat, kreatif, menarik. Memang worth lah aku beli. Oh ya, check out some more on OSM. Islamic dakwah in osm (awesome) way.

okay, penat sikit kan menggerakkan minda petang-petang puasa ni? Tarik nafas...lepas. Tarik..lepas. Tarik.. lepas. Lepas, lepas gak. Aku suruh lepas nafas. Kau pegi lepas kentut bersepah nape. Oxygen sekarang sangat berharga tau tak. HUH.

Oho..semalam tarawikh pertama untuk tahun ni. Padat gila masjid. Nak pulak budak-budak poli ipoh ni tak cuti and ditambah dengan budak-budak ipt lain yang tengah cuti. So, lambakkan orang lah kan. and itu bagi aku tersangat lah bagus. Yelah, biasa bulan-bulan lain tak berapa nak ramai yang datang masjid tu, bulan ramadhan ni lah kita cover balik, penuh kan masjid jemaah sama-sama.

But nasihat aku kepada ibu yang ade anak kecik tu, and kau tak dapat control anak kau wat kacau kat masjid tu, baik makcik semayang kat rumah lah. Solat terawih tu hukum nya sunat. Mengganggu orang sedang solat haram, mendatangkan dosa. and anak kau yang kecik tu ibu ayah yang tanggung dosanya, paham-paham lah yea.

Kita jangan kutip dosa dan kita jangan buat orang lain dapat dosa diatas salah kita sendiri. Ye tak? Semua hati jenis baran, laju je nak maki orang. Tak baik lah gitu.

Ok lah. Dah nak start masak untuk berbuka. Awal-awal ni masak lah dulu. Nanti dah abis idea nak masak ape baru g terjah bazaar.

Last, aku nak mohon maaf diatas kesilapan percakapan perbuatan yang aku buat dalam keadaan aku sedar ataupun tak. Bulan baik, bulan mulia ni, sama-sama lah kita perbanyakkan amalan. Hapuskan dosa-dosa lalu. Tingkatkan peratus pahala kita. Banyakkan berzikir. and berdoa semoga Allah permudahkan urusan puasa kita. Anggaplah ini puasa terakhir kita.

SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA.


till here..
chiow~~


p/s: dahaga yang bersangatan. kena kurang bercakap.

26 July 2011

chocolates

Salam..

Firstly, a deepest apology to cik syiba kita sebab aku tak sempat nk update blog story mory chocs. Biyaneyo chingu yaa~~

[untuk kau, syiba]

Kisahnya, aku dah lama nak buat chocolates ni. Gara-gara cik syi*ba bawak balik hostel chocs yang di buat kat umah hari tuh. Jeles ahh kan dia dah ade 1 point jadi menantu. Hahaha. Nekad balik umah nak buat. Tapi lepas 2minggu baru aku sempat nak buat kat umah ni. Itu pon cepoi-cepoi je time nya.

Punya tak reti nak buat sendiri, aku pon ber-webcam dengan syiba mintak dia guide. Hangkutlah laptop sume pegi dapur. Pastu jerit-jerit masa webcam. Aku kan kurang daya pendengaran sikit. Agak-agak jiran aku dengar tak? Hahaha.. ade aku kisah?

Jom layan..In the making of chocolates..





[sorry for bad quality picture]

Oh ya, semua tu pon abis dalam masa seminggu. Gonna make another batch of chocs. Stay healthy and smile :)

till here..
chiow~~

14 July 2011

Pengisian Rohani..

Salam everyone..

Hari ni aku nak share sikit something yang aku dapat dari usrah semalam. Well, benda ni kita dah biasa dengar. In fact, tanpa kita sedar, tengah marah pon kita boleh bercakap perkataan ni. BerSYUKUR. Setuju tak aku cakap tengah marah pon kita cakap benda tu gak? Yelah kan kadang-kadang kalo kawan merungut tak dapat ape yang kita dapat, end up kita akan cakap gak, bersyukur lah wei. Kan?

Allah Maha mengetahui makhlukNya. Kita sentiasa diigatkan supaya bersyukur dengan segala kurnia and rezeki yang diberikan. Tetapi masih kita lupa untuk bersyukur. Tak nak menuding jari kepada orang lain. Aku sendiri pon macam itu. Yelah, dah berjaya dalam sesuatu kita lupa nak memanjatkan kesyukuran. Jadi if kita mengalami keadaan sedemikian, cepat-cepatlah beristighfar dan berterima kasihlah kepada Allah.


This is because kita tak kan pernah tahu bila Allah nak bagi ujian pada kita. Ingat, selalu berjaya bukan bermakna selama-lamanya berjaya. Allah suka menguji hambanya dikala mereka bergembira. Sebabnya, macam yang aku cakap tadi, bila kita gembira, kita mudah lupa.

Lagi satu, semalam dibincangkan jugak, kita mudah berbangga diri bila kita berjaya dalam sesuatu. Contohnya, seseorang itu mendapat 4flat dalam exam. Dan semua orang memuji kebijaksanaannya. Maka dia dengan angkuh, mengiakan. Hah. Orang ini sangat memalukan. Lupakah dia kepandaiannya itu kurniaan penciptanya? Dia sepatutnya berterima kasih kepada Allah. MasyaAllah. Jika kita pernah mengalaminya, beristighfarlah.

Itu saja, insyaAllah. Sama-sama kita bersyukur diatas nikmat kehidupan yang Allah berikan. Hari ini kita masih mampu bangun subuh dan bernafas.

p/s: Allah sentiasa gandakan nikmat hambaNya yang bersyukur.

chiow~~

05 July 2011

Tidy Room

Salam people..

Today is my second day at home. But I feel like I'm already at home for 2 weeks. Sebabnya, biasa aku kalau balik cuti ni, 2-3 hari mesti dok rilek je. Makan, tido, online. Tapi, since semalam aku dah start membzkan diri dengan kemas bilik, keluar teman cousin gi format laptop, jumpa orang sana sini. Waahh. Bangga dengan diri aku.

Kisahnya yang aku rajin kemas bilik ni sebab aku rasa macam semak gila bilik aku since setahun lepas aku last kemas. Wait. wait. SETAHUN? Gila ahh. Nak buat camne kan, selama ni aku tutup mata je. Buat chill je tengok kertas-kertas, buku-buku, majalah-majalah berlonggok.

Dah, jom kita tengok koleksi aku.

Koleksi majalah remaja aku from 2006-2011. Kononnya tak nak jadi remaja kolot. Up-to-date lah sikit ngan isu-isu remaja.

See the pattern? Hahaha. Sekarang dah jarang beli. Kalau teringat je aku beli. Kira karang*kraf dah kurang 1 pelanggan. Dulu tiap kali beli ayah aku mesti tanya, Majalah Wanita,Dara tak nak beli? :P

Yang ni aku baca zaman sekolah menengah..exactly form 3 lahh. Tak matang siot. Layan bluess.

Yang ni plak bacaan sepanjang zaman.. Novel,dari form 1 sampai la ni. Komik, aku start lambat sikit. Form 3 kot until now.

Nampak sikit budak IT ye tak?

and,

SELESAI mengemas buku-buku kesayangan aku. Yang bestnya, masa aku dok kemas-kemas ni, aku terjumpa balik diari zaman form 1 and surat kakak angkat masa kat asrama dulu. Last year mengemas aku tak sempat belek-belek. Ni aku baca-baca balik, gelak berguling-guling. Nak-nak baca diari tu. Hangsuih betul sakit hati ngan kawan-kawan zaman dulu. Again, tak matang.

Masalah utama yang sebabkan bilik aku selerak ialah too many papers that I want to keep. Kalau buleh aku nak simpan semua nota-nota, kertas soalan..Memang sah lah tak muat bilik hoooi!



Till here..
chiow~

23 June 2011

Proud

Hi everyone..

Masa dekat jam laptop aku ni dah pukul 2.30 pagi. Dah ngantuk tapi nak jugak online sekejap. Sempat baca 2,3 orang kawan aku punya blog. Well, walaupun diorang mungkin not a good blogger with such informative or entertaining word sampai aku buleh gigih baca blog diorang tengah-tengah malam ni. But they do have something with their writing that touch my deepest heart. Seriously. Aku proud dengan writing diorang. They were among my friends yang dah berjaya. Belajar pon dah lepas laut sana. Dah banyak pengalaman, I guess.

Hmm,kalo aku busuk hati, suka mendengki tak tentu pasal, memang aku bengang lah dengan diorang-diorang ni. Hidup sweet je kata orang. Cam takde hal. Tapi hati aku ni mulia lah sikit. I just thought that they actually don't want other people feel/know how they suffer inside.

Title proud tu, aku rasa korang dah faham kan. Bukan proud of myself. Tapi dengan kawan-kawan aku tuh. Yea, I do proud of myself. But only A BIT. Aku tak rasa aku dah buat something big for myself yang perlu dibanggakan sangat kalo nak compare dengan ape yang kawan-kawan aku buat.

For example, they had sacrifice untuk belajar jauh-jauh dari keluarga. Besar tu. Aku kelantan, johor, sabah, sarawak pon belum tentu aku sanggup pegi. Dan pada pendapat aku, budak-budak yang study jauh dari keluarga ni mesti banyak buat keputusan sendiri. Fyi, itu adalah kelemahan aku. Tak reti wat keputusan untuk diri sendiri. Kesian kan??

Dulu aku pernah bercita-cita nak study abroad. Tapi aku tak kuat nak jauh dengan family. [Manja kau!] So aku end up bertukar cita-cita nak kerja or holiday panjang oversea. Kisahnya aku kena cari duit banyak lah kannn?

Jadinya, for my friends out there yang belajar jauh-jauh, yang dah banyak wat keputusan sendiri, yang dah merasa macam-macam pengalaman, AKU BANGGA DENGAN KORANG. Keep up good work dude! Make your family proud of you. Make me proud of you also. (At least, kau dah berjaya nanti aku buleh lah tanpa segan silu cakap,'Ohh, dia kawan aku. Sama-sama belajar dulu. Dah berjaya haaaa..')

p/s: yang dalam negara, jangan bersedih. As long as korang dah berjaya buat sesuatu untuk diri korang, aku tetap bangga jugak. okayy?

Sayang semua :)

till here..
chiow~~

21 June 2011

Hello Tuesday!

Random Picture. I just love it.


I knew that I'm not pretty. But thankful to Allah who give this such nice-to-see face. Alhamdulillah.

till here..chiow~

20 June 2011

Happy Father's Day

Salam.

19th June is father's day.

My father's name: Abdul Aziz Bin Wok Ghazali
Work as/at : IT Director at Perbadanan Kema*juan Negeri Per*ak
DOB: 7th Sept 1963
Married to: Muzdalifah Binti Mokhtadi


Dad, A great many thanks for all you have done Without you, my life would not have begun You have been there when I most needed you You have helped to guide me my whole life through We have shared both the good times and the bad But most of all, thank you for being my dad I love you


Introduce to you, my hero.




I hope to have a husband as kind as my father. So he could take baton to take a good care of me. I feel safe and secure when being with him. How can I say that I'm so appreciate to have a father like En.Aziz. weee :D Sorry for any wrong doings or sayings that hurt you. I didn't mean to do so. Thanks for all you have done, all your money given and all love you give to me through out my life.

LOVE U DAD!!!!

Regards,
Your one and only daughter.

16 June 2011

Hi all..

Nak mengadu..

Aku semakin malas belajar. Lately ni la perasan perangai buruk aku ni. Masuk kelas, takde perasaan. Dalam bilik, tengok buku, memang ade la perasaan.....perasaan MALAS! Haish.

Adakah sebab..
- sekarang short sem and amik satu subjek, so aku buleh rilek
OR
- sebab kawan-kawan U lain sume sedang bersenang-lenang di rumah maka aku nak ikut.

Camtu ke? Aku tak buleh terus camni. Finals is just around the corner. Ahh, tak yah corner sangat. 2 minggu je lagi. Acane nih? Perlu ke aku pegi kem motivasi macam zaman sekolah dulu? Ohh tidak.. Tak macho la wey.

Ajar la aku camne nak berubah ni. Buleh comment, or sms me okay?


till here..
chiow~

14 June 2011

Future plan..

Salam.

Aku currently planning for my trip. Seriously, it's still under plan. Bukan aku akan pegi dalam 2 or 3 bulan ni. Sila jangan salah sangka okay. Aku xbanyak duit nak travel sana sini dengan mudah. Kalo ade orang nak sponsor lain lah kann. Tak pun ade yang nak aku teman and dah dapat my parent's consent, duit aku buleh cuba usaha kan. Chewah! (Mana kau nak cekau cik kak)

Btw,dunno why, but keinginan untuk travel sangat tinggi. Jom tengok mana aku nak pegi.. Kot-kot kita nak pegi tempat sama, leh kautimm..

- Singapura : Orang cakap univer*sal Studio best. Nak gak pegi tengok. Ni x perlu duit sangat aku rasa. Sebab kalo pegi balik hari pon okay. Tido lah umah sape-sape kat johor. Save disitu. Ye x?

- Indonesia : Mak ayah aku dah pegi. Aku xdapat follow sebab masa tu clash ngan kelas. Aku budak baik, mana reti skip-skip kelas nih. Hahaha.

- Japan : Dah, xpayah nak japan sangat. Jepun sudah. Kawan aku ade 2,3 orang kat sana. So, harap-harap nya before diorang balik, cita-cita aku tercapai. Tapi aku kena blaja makan sushi dulu. Haish.

- Korea : Hah. Yang ni korang paham-paham sendiri lahhh. :)

- Australia : Nak pegi nak pegi. Nak tengok kangaroo..

- London : Teringin tengok omputih. Hahaha. (Alasan xmunasabah)

- Paris : Ni xperlu cepat-cepat. Lepas kawin pon buleh.

Dalam malaysia, aku nak pegi sabah sarawak. Xpenah sampai lagi.

So far situ lah aku nak pegi. Ni plan untuk 10 tahun. Kiranya xperlu rushing-rushing. betul x? Janji sampai..InsyaAllah.

Kalo ade sape-sape nak sponsor, bagitau lah! wee :D

till here..
chiow~

02 June 2011

Anyeonghasayo!

Hi everyone.

Hari ni nak jadi ala-ala dieheart kpop sket.. Hahaha. Aku akan brief a bit on how aku end up being a kpop fans. Ekceli, sebelum-sebelum ni selalu tengok korean dramas je. Until, 2nd sem in gombak, Aten cuba mencucuk aku untuk minat kpop gak. Motifnya, dia xde kawan nak borak pasal kpop among kawan baik dia ni ha.

(starting here, aku terpaksa * kan certain part untuk mengelakkan blog aku dengan mudah dijumpai bila ade orang-orang yang search nama tu. aku bukan gila glamor. terima kasih kerana memahami.)

Basically, aku start with He*llo Ba*by SHIN*ee. Kira lepas tengok variety show tu, aku jadi big fans diorang lah. My choice, Maknae Tae*min. Tada~~



Dia mungkin tidak kacak or macho, tapi dier cumil. Dia manja dengan hyung dia. and and itu cumil. Hahaha. gila~ and if I'm not mistaken, dia penyanyi korea pertama yang aku minat. Yang lain, kebanyakannye, actor.

Then lepas-lepas tu baru aku follow korean variety show, update lagu. Dari external 500mb ni untuk all languages, tapi sekarang untuk korea sahaja. Wahh... Okay cukup sampai situ.

Oh, hari tuh aku blogwalking kat blog kpop fans nih, dia wat kpop tag. Tak terpikir pon nak wat gak, aku jot down je soalan dier. Tapi aku dah buhsan, nak isi masa kita layankan jelah eh.

Let's start!
1) Siapakah insan yang anda minat dalam setiap Boy Group di atas?
  • Super Junior - Semua except Yes*ung. (jahat okay) Paling minat, choi siwo*n and lee*teuk.
  • 2PM - Jun*su
  • CN Blue - Of course Yong*hwa. Jong*hyun pon hensem gak :)
  • B2st - Cute Yo*seop and Kik*wang
  • Shinee - Tae*min lahhh..
  • Mblaq - Seung*ho oppaa! Semua pon suka..
  • U-kiss - Old member, Alex*ander. Dia dah kuar group tapinya.
  • Ze:a - Kwa*ng Hee. Dia suka cakap kuat-kuat oh dalam variety show.
  • Big Bang - T*OP
  • Ft Island - Song Seu*ng Hyun. waaaa...
  • TVXQ - both Chan*gmin and Yun*ho
  • 2AM - Jin*woon and Se*ulong
Tamak kan aku adore lebih dari 1. Group selebihnya aku tak kenal sangat.

2) Salah satu lagu fav yang paling best.
Currently suka No other by Suju

3) Harap dapat jumpa sape (5) ?
- All super jun*ior
- Shi*nee Teamin
- Ft isla*nd Seu*ng hyun
- nak jumpa semua buleh?

4) Siapa paling hensem?
Ohh, camne nak pilih ni. Siw*on kot? Haha.

5) Siapakah insan yang anda minat dalam setiap Girl Group di atas?
  • SNSD - Sooy*oung, Yu*ri
  • Kara - Ha*ra
  • T-ara - Eunj*ung, Hyo*min
  • F(x) - Victo*ria-shii
  • Miss A - Fei
  • After School - Ka*hi, Lizz*y
  • 4minute - Hyu*nah. Baru lepas tengok Invici*ble You*th, ade dia.
  • Secret - Sun*hwa. Same reason as Hyu*nah.
Sama jugak macam boy group tadi. Selebihnya aku tak kenal sangat or aku tak minat lagu diorang.

6) Salah satu lagi fav yang paling best.
tak buleh satu! aku suka top song from snsd.

7) Teringin jadi macam sape?
Layak ke aku? Nak kurus cam diorang je.

8) Sape paling cantik?
Pada aku, victor*ia, fei. Eh, tapi diorang dari china. Haha

9) Best Male Solo? Best Female Solo? (aku combined kan)
Secara jujur, aku tak kenal sangat solo artist. Yang laki, kim jong kook oppa. Haha. (Kau pun suka kan syiba?) Yang pompuan, G.na, Hyori. Tu je kot.

11) Best Solo Song? (aku combined gak)
Of course lah lagu dari 3 orang tadi. Loveable, Black & White, u Go girl. (Respectively)

13) Tag?
syiba!

---------------------------------------------------------------------------------

Ohh, dah abis. Panjang tul. Tapi nak tambah sikit. Kalo MC, aku paling suka jae*suk. hwaiting oppa!

Baru-baru ni ade kecoh pasal artis malaysia complain suju datang masa hari belia. Macam-macam lah citenya. Aku tak nak komen. Yang pasti, walaupun aku minat kpop, aku still lagi nyanyi and dengar lagu-lagu melayu, gosip pasal artis malaysia. But mostly lagu yang aku nyanyi, tentu-tentu lah bukan lagu baru. Lagu lama gak sedap. Teruskan usaha ya artis baru :)


till here..
chiow~

23 May 2011

Tok sedara kawin

Hola people.

More than one week past since my last post. Aktiviti minggu lepas agak menggalakkan sebab kelas pon dah mula as it suppose to be. And hari rabu, BALIK! yeah! Puas hati dok rumah. Walaupun sebenarnya aktiviti sama, tapi lebih bebas kot. Bilik sendiri mana sama ngan billik kat mahallah ni kan. Big bed of course.

Well last week was my grandfather's younger brother, TOK Chu's wedding. 2nd marriage actually after kahilangan opah chu last year. Sian dia dok sorang2 ye x. Tok chu adalah antara tok sedara yang paling rapat ngan ktorg. raya xpernah miss g umah dier. And hidangan wajib, satay and nasi ape tah. Tapi makanan kat umah dier sangat lah sedap. Yummy~~


Aku sebenarnya bukan nak cerita pasal macam mana kawin, dimana, dan segala disini.. Tak sesuai lah kita yang muda ni dok canang cerita orang tua-tua gitu. xmanis ok. Biar lah mereka dan kehidupan mereka. Kita cuma doakan semoga mereka panjang umur dan kekal bahagia. Aminn...

my big family with tok chu & opah chu zai
[from left: long, angah, bella (wear skirt), umi, mak su, chu man, me hold asyraf, ayah, mak uda, mak chu timah, shu rashid, hakem, akmal, kak ami]


[same person plus alang di hujung kanan sana dan azef di belah kiri.]



[ anak abg own. Rayyan Rayqal. Dia datang dengan alang & mak lang. Notice his hair! :) ]

till here..
chiow~~


15 May 2011

One week is enuff..

Yeah.
One week week is enuff for me to become an idiot. sigh.


So, hari ni genap seminggu aku balik UI*A. and guess what.. I do NOTHING! sigh. Hari isnin xstart class lagi. So, baring, duduk, makan, online, layan korea, tidur. Hari selasa, memang xde class. Again, baring, duduk, makan, baca novel, online, layan korea, tidur.

Hari rabu, excited lah ade class hari ni. Wuhuu.. Pagi online. Kul 2 pegi kelas. Kul 2.30, my classmate, Amj*ad masuk class, berlari-lari dari belakang,"Assalamualaikum, ape kabar? I just went to the office, our lecturer is not available today. So, u may leave now." And I was like, HAH?! Then, aku ngan kawan-kawan pegi jalan kat JJ Wang*sa Ma*ju nak gembirakan hati duka lara.

Proceed, hari khamis xde class gak. Aku dah bosan tahap cmne xtau. Rutin sama gak. Baring, duduk, makan, online, layan korea, tidur. Jumaat pon. Baring, duduk, makan, online, layan korea, tidur. Sampai satu tahap, malam-malam aku ngan roomate melepak sembang-sembang kat court. Sabtu plak, which is semalam (wahh, nampak cam cepat je masa berlalu kan. Minggu lepas baru makan kat straw*berry mom*ent) aku dah sampai klimaks bosan. Mula la buat perangai sana-sini. Fon umi ayah ntah bape kali dah since balik sini ari tuh. arghhh..


sian x kat aku? Haish. Hmm, mesti dalam hati korang cakap, 'ape ke bodohnye kau xreti2 nak balik..!'

Huaaa :'(

Sape xnak balik weyh.. Tapi kau tau x betapa aku xnak balik UI*A nye dulu sampai umi kesayangan aku tu sama-sama tolong pack barang. Xkan 4hari kemudian aku dah nak balik ipoh semula. xmacho la weii!

Minggu depan baru balik. InsyaAllah.

So, hari ni nak wat ape eh?

chiow~~

09 May 2011

Strawberry Moment

Hi all..

Since cuti aku bakal melabuhkan tirainya, so, sabtu lepas my cousins and me jadi anak orang kaya jap. Hahaha. We end up deciding to go to Strawberry Moment saja instead of g karaoke. Selamatlah tekak aku. Dah la seminggu batuk-batuk. Susah lah nak karok kan.. Gitu. Tapppi kitorang xg karaoke bukan sebab tekak aku. Tidakk. Tekak aku masih sanggup tanggung. Hahaha.

Kitorang g JJ Ipoh, ade 2 tempat karok. 1 kat atas kat tempat bowling, 1 ag dekat may*bank. Mula-mula naik tempat bowling, fuhh, kalo sape-sape yang biasa g, mesti tau lah kan kalo ari sabtu ade sape kat ctu. Ktorang ni dah la sume pompuan, penyegan, malu-malu kucing gitu, jadinya memang xterharung lah kitorang kat budak-budak melepak yang bersepah depan pintu masuk tu. So, turun bawah g kat tempat karok ag 1. Ni privacy memang terbaik ah. Tapppi, mahal! Sekali pakej makan. Aku baru lepas makan kat umah, umi masak bawal masak sweet sour, nak plak aku amik makanan diorang tu. Terkambuslah niat kitorang nak karok ari tu...

Then, tu la yang decide nak g Straw*berry Mom*ent je. Before blah, sempat shoping, gelang (Thanks angah sudi belanja duit kau yang banyak tu) and beg.

Lepas ni tengok gamba je okay? Penat lah nak cite.







done!

chiow~~

07 May 2011

I lost my precious activity

Assalamuaaikum semua :)

First and foremost I would to say HAPPY MOTHER'S DAY to my mom, Puan Muzdalifah Bt Mokhtadi. I love u so much. Thanks for raised me up this big. wee :D Please forgive me for every wrong action i did. Please give me your pleasure.

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


Next is I would like to congratulate myself for the good result I got for last semester. I actually expect lower than this. and, tipu lah kalo aku cakap, aku x nak lebih kan. I'm targetting to get back my first semester result before I end my study. Please pray for me people. :) Oh ya, not to forget, my friends who also got good result, CONGRATULATION!! For those who doesn't get the best that they want, try harder next time! You can do it. Fighting!

And now sampai part yang menyedihkan aku, I lost my precious activity. Kehilangan precious activity di sini maksudnya, aku dah hilang aktiviti masa lapang aku yang sangat bermanfaat. Now, I rarely do this. That is, reading books. Before this, bila ade masa lapang, aku akan spend time untuk membaca. x kira lah, majalah, komik, novel, buku motivasi or else, yang penting aku membaca.


okay, gambar ni tipu. Aku xde lah membaca buku bertimbun macam ni. Well, kalo dulu masa zaman sekolah, pergi kursus motivasi ke, kem-kem ke, mesti ade tanya "Ape hobi anda?" Ohhh, dalam buku biodata pun, mesti ade part ni, HOBI : membaca buku. Hah. Dengan penuh bangga ngaku hobi kau membaca buku. Nak nampak bijak lah kononnya. Padahal buku sekolah pon kau xabis baca. Ape dahh. Tapi tu lah, for me, hobi adelah aktiviti masa lapang which is equal to aktiviti yang wat kau happy. Kalo ko nampak aku bergembira je baca buku mana-mana tu, maksudnya aku tengah melakukan hobi aku lah tu. and kalo ko nampak aku ketawa-ketawa baca buku programming tu, tu bukan hobi. Tu aku dah gila. Paham?

Kalo xpaham gak, banyak-banyak lah baca buku. Otak kau dah slow sangat tuh.

So again, I miss a lot my precious hobby tu. Dah lama aku xdapat ngadap buku-buku yang aku minat, dan bergembira mendapat input-input for my daily life. Bukan xde, bukan xmampu nak beli buku. Last week punya pesta buku, bukan aku xpegi, aku pegi doh. Aktiviti tahunan tuh. Wajib pegi walaupun xtau nak beli buku pe. Kalo dulu, pegi beli buku latihan utk upsr, pmr,spm. Skang xde dah. Kan semua kau nak photostat je. Ha, back to cerita. Masa pesta tu, aku beli 6 komik, 2 novel, 1 buku masak [poyo gila, macam masak!] and beberapa buku sejarah islam. Agak banyak kan? Tapi beb, aku nak hadap 1 komik pon 3 hari x abis-abis. Baca je tido. Baca je tgk tv lagi best. Baca je pakwe korea panggil. Ha, cmne tuh?

Sampai satu tahap, aku pegang novel tu macam aku pegang buku pelajaran. Bosah doh.




VS




[xde kaitan dengan life aku. Thanks mr.google]

Aku harap sangat that I can get back that precious thing that I lost. Bila xmembaca, rasa kosong je. Maybe the good thing to start with is by reading al-quran everyday. Let us together.. Hope Allah will give us the strength to fulfill it. InsyaAllah...

till here,
chiow~~

04 May 2011

New lesson!

Hi people.

Semalam I learn something new. Err, not that new sangat lah. Rasanye orang lain dah buat kot. Cuma aku xkesampaian lagi nak apply this new lesson.

The lesson is....bila kau buat salah, sebelum orang lain marah kau, kau marah dulu orang tu. Weird huh? Tapi tu la yang aku baru blaja. Paham sume??

xpaham..?
xtau camne nak tetibe2 marah..?

Hmm, camne eh nak paham kan korang ni.. Haaa, contoh simple nye, kau dah terpecahkan pasu mahal mak kau yang dia bersusah payah beli kan China. Before mak kau jerkah and bebel-bebel kau, kau marah dulu pasu tu, then kau bebel sikit kat mak kau, 'nape letak pasu tu kat situ..orang lalu-lalang mana tak kena langgar..lain kali letak lah tempat lain and blablabla...' Confirm mak kau ilang mood nak bebel kat kau. Cumenye, 5,6 jam lepas tu dia ungkit balik lah kot. Nasib badan masing-masing ahh..Kau pandai pusing, kau selamat lah. wee :D

okay?

xokay gak eh. Lagi 1 contoh.. Ni kes kecurangan. Mase kau tengah dating ngan pakwe kau, hari tu tetibe dia terajin lak nak tengok fon, maka terkantoi lah kau main mesej ngan laki lain. Sah-sah dia ngamuk kan..? So, before dia marah, kau rampas fon, hempas-hempas sikit atas beg then kau marah dia, 'apsal tengok-tengok fon i, dah la amik xbagitau. xde privacy langsung. xcaya i la tu.' then kalo nampak cam dier xcool gak, kau ugut sikit, 'Kalo u sayang i, u jangan percaya ape yang u baca tadi. I bukan ape, xnak u salah paham. Sebab yang mesej laki tu bukan i, tapi si maria kawan baik i tu. Dia lupa delete lah tu semalam.' Tu dia, sampai kawan baik kena. Then,nak xnak laki tu kena beralah lah sikit, sayang awek la kata kan. Kalo dia xnak gak, kau nangis je. Abis cite. Tapi ni leh apply kat pakwe-pakwe yang cool je. Kalo kaki pukul ke, mafia ke, penyimpan hasad dengki yang banyak ke, baik jangan cuba lah. Kes naya je korang. Ade yang kena simbah asid gak kang.

Sudah. Tolonglah paham this time. ponat eden nak pikir contoh nye doh. Tapi tu la, mende ni kau buleh apply if kau nak buang rasa bersalah kat si mangsa. Tu je. Tapi xbaik lah. Kita hidup ni banyak wat silap, so jujur dan mengaku lah kesilapan.. Xsusah pon. Mintak maaf and terangkan perkara sebenar. Senang kan?

till then
chiow~

01 May 2011

my new baby..

Baby, baby, baby oohhh. Like baby, baby, baby ooohhh. Stop! Aku bukan cakap pasal new version of lagu baby tu ke hape. Ni hal lain okay? Xde kaitan langsung ngan si bibir tu. Haish..

Mula-mula aku ingat xnak share story about my new baby ni sebab takut orang cakap aku bongkak, berlagak, menunjuk, membangga, and segala yang negatif tu la. Tapi sampai bila kan aku nak simpan je sorang-sorang. Langsung xbest okay. Xmenjana minda langsung.

Baby ni bukan baru 5,10 hari ngan aku, tapi dah lama dah diambil oleh parents tercinta. almost a month kot.. Tapi betul-betul aku ngn dia baru 2minggu gitu. i love u baby! Wah. Gitu.

Well, nak masuk ngan dia at first memang susah lah. Nak kene study banyak coz nak dapatkan tips berguna nak tackle dia. Susah woo.. So korang kalo ade pape tips cmne nak dekatkan diri ngan baby ni, share-share lah jugak.

So far, aku tahu pasal dia sikit-sikit je. I have to learn a loo0ot to become the best and professional baby-sitter. Sebabnya, aku ade gak plan nak bukak my own nursery kalo ade rezeki lebih kan..

Disebabkan aku xkenal banyak lagi pasal baby ni, aku xdapat cite banyak sangat. Tapi insyaAllah dari masa ke semasa aku akan share lagi pasal dia. okay semua??


p/s: baby->canon 550d, baby-sitter->photographer, nursery->studio.


Tadaaa.!!


chiow~~