24 August 2010

mencari ketenangan diri

Salam semua.

Hari ini semestinya bukan hari terbaik untuk diri saya. Hari dimana saya menyusahkan kawan2 saya dengan mood yang tetiba hilang lepas kelas ICO pagi tadi. Saya minta maaf jika ada yang terasa. Saya pon xtahu kenapa begini jadinya. tetapi saya memang bukan lah dalam mood untuk bercakap dengan korang semua. jangan risau. this probably won't take long time.

humph.

When u ask me why i'm like this. The sure answer that i can give u is, "Aku serabut." Serabut sebab ape? Pada saya buleh jadi sebab 2 assignment yang saya xsiap lagi. Walaupon korang akan cakap yang saya buleh siapkan sekejap je..but still, saya serabut. Ditambah lagi dengan bebanan 3 paper mid-exam sebelum saya dibenarkan pulang beraya dengan happy-nya. Saya xstudy lagi. Korang buleh nampak aku rilek. But i'm actually NOT! I'm damn worried. Lagi 1, saya tetiba bermuhasabah diri seketika yang mana, bila saya bercakap,ramai yang terasa dan xsuka.. dan kadang2 saya sangat rasa keseorangan. walaupon sebenarnya orang ramai disekeliling saya. faham x, Lonely?? humph,itu yang saya rasa.

and and di ketika saya mendiamkan diri sepanjang hari tadi, saya terfikirkan sesuatu yang saya dah terlepas pandang. sesuatu yang sepatutnya saya dah lama lakukan. sesuatu yang dapat mengelakkan diri saya dari serabut. sesuatu yang saya sebenarnya tahu, tanpanya saya akan jadi begini. apekah ia? Al-Quran.

Ya, sejak akhir-akhir ni, saya agak liat untuk membaca kitab itu. Kononnya xde masa. Padahal, bersembang, gosip, online, study, basuh kain, tido..banyak pulak masa kann. Bukan lah maksud saya, kita tidak buleh melakukan aktiviti yang saya sebut tadi. tapi benda penting macam ini, kita xbuat. Itu masalah nya.

Saya melihat diri saya ni sebagai seorang yang mudah leka, alpa terutama melibatkan hal dunia. terukkan saya? dan alhamdulillah, lepas berbuka tadi saya sempat membaca separuh dari surah an-nur and saya mendapat jawapan kepada permasalahan yang saya cari selama beberapa hari ini. Saya lebih tenang. Sudah tidak serabut. Ya allah, kau ampunilah dosa hambaMu ini yang sering terleka dengan nikmat dunia dan jauh dariMu.

Jadi kepada kawan-kawan yang kekok dengan kisah 'diam' saya, saya minta maaf yea. Sila jangan risau lagi.

itu saja.

chiow~~

1 comment:

Kebaikan said...

alhamdulillah...

kesedaran..